1.0. PENGENALAN
Sri Angsana Canopy & Caterer telah ditubuhkan secara rasminya pada 26 Ogos 1996. Dengan hanya bermula sebagai sebuah syarikat catering kecil-kecilan, sykt Sri Angsana Canopy & Caterer kini berdiri teguh dan semakin berkembang maju dalam meneruskan usahanya bagi memberikan perkhidmatan katering terbaik untuk semua warga Lembah Klang dan kawasan pinggirannya pada kuantiti dan harga yg amat berpatutan. Matlamat utama pengurusan ialah untuk terus mengekalkan Resepi Warisan Johor yg diterjemahkan melalui penggunaan rempah ratus tradisi dari Johor dlm masakannya dan juga menawarkan perkhidmatan catering yg terbaik di bawah satu bumbung (one stop centre) dan berkualiti pd harga yg amat berpatutan bagi memenuhi kehendak pelanggan. Pihak pengurusan Sri Angsana Canopy & Caterer berpegang kepada prinsip bahawa perniagaan merupakan suatu ibadah dan katerer yg baik perlulah dengan sedaya upayanya menunaikan hajat pelanggannya sebaik yg mungkin dlm menjayakan majlisnya dan berusaha agar hajat tersebut tercapai.
Pengusaha bercadang untuk bersara pilihan dan menceburi bidang perniagaan katering secara sepenuh masa.Perniagaan ini akan beroperasi di No. 64, Taman Sri Ishaq, 36400 Hutan Melintang, Perak. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan katering merupakan satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan.
Sepertimana diketahui kebanyakan wanita hari terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu mengadakan majlis- majlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hariraya dan sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini semangat gotong royong mahu mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri kendara.
Oleh itu, kebanyakan orang akan mengambil perkidmatan katering untuk menyenangkan kerja dan mereka juga mempunyai peruntukan (kuasa membeli) untuk berbuat begitu.Permintaan perkhidmatan katering juga sangat banyak di pejabat untuk majlis seperti mesyuarat, majlis perpisahan, majlis keraiaan dan kursus-kursus dalam perkhidmatan. Walau pun di setengah jabatan ada kantin dan kafeteria namun lazimnya penganjur lebih gemar untuk mendapatkan perkhidmatan katering dari pihak luar untuk merubah citarasa. Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju dan sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan kami khususnya dalam mengaut keuntungan.
2.0. OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN.
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga Rancangan Perniagaan ini untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan.
Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:
- Melihat daya maju projek yang dirancang.
- Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
- Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.
- Memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta program untuk menamatkan program latihan galakan perniagaan bagi kakitangan yang menyertai kursus ini.
- Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.
3.0. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.
Nama Perniagaan : Nirwana Katering
Alamat Operasi : Wisma Sri Angsana, No.14, 16, 18 & 22, Jalan Nirwana 37, Taman Nirwana,Off Jalan Kampung Pandan, 68000 Ampang, Selangor.
No. Telefon : 03-9283 5715
Tarikh Perniagaan : Akan didaftarkan nanti. Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Katering. : Penyewaan kerusi meja & kanopi, peralatan Buffet dan PA sistem.
Bentuk Perniagaan : Milik Tunggal
Modal Permulaan : RM 20.000.00
Bank Berususan : Bank Islam, 36000 Ampang
No. Akaun :
4.0. LATAR BELAKANG PEMILIK.
Nama :
Jawatan : Pemilik/Pengurus
Alamat Tetap : Wisma Sri Angsana, No.14, 16, 18 & 22, Jalan Nirwana 37, Taman Nirwana,Off Jalan Kampung Pandan, 68000 Ampang, Selangor.
No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir :
Bangsa / Agama : Melayu / Islam
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelulusan Akedemik : Tingkatan 5
5.0. SKOP PERNIAGAAN.
5.1. Aktiviti Perniagaan
Diantara aktiviti utama yang dijalankan oleh perniagaan ini ialah menyedia dan membekalkan makanan dan minuman kepada majlis kenduri perkahwinan di sekitar kawasan pekan Hutan Melintang dan kawasan-kawasan sekitar seperti Teluk Intan, Bagan Datoh, Selekoh dan Sabak Bernam. Begitu juga membekalkan makanan dan minuman bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Perak, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Maktab Perguruan, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak di Pusat Kegiatan Guru Hutan Melintang.
5.2. Produk dan Perkhidmatan
Menyediakan minum pagi, minum petang dan makan minum mengikut permintaan pelanggan. Menghantar tempahan ke destinasi yang diminta dan menyediakan semua kerja-kerja di majlis jamuan.
5.3. Potensi Perniagaan
5.3.1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa, masyarakat tempatan khususnya orang-orang melayu yang beragama Islam menggunakan kesempatan cuti sekolah yang panjang dan cuti minggu untuk mengadakan majlis perkahwinan.
5.3.2. Oleh sebab kesuntukkan masa, kerja mudah tanpa perlu banyak kerja, masyarakat kita hari ini akan membuat kenduri dengan menggunakan perkhidmatan katering.
Begitu juga dengan permintaan khidmat makan dan minum bagi kursus, perjumpaan dan mesyuarat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak, Maktab Perguruan di Pusat Kegiatan Guru Hutan Melintang yans sentiasa ada sepanjang tahun. Kalau dilihat dari aspek itu perniagaan katering mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar 40% hingga 60% setahun. Oleh kerana perniagaan ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan.+
5.3.3. Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan, kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuashati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatannya yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi.
5.3.4. Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana dikelilingi oleh kampung-kampung dan pekan-pekan kecil dan bandar.Pasti masyarakat keliling memerlukan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan dan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat. Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan perniagaan ini.
6.0. ASPEK PENGURUSAN
6.1. Struktur Organisasi
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut.
6.3. Fungsi dan Tanggungjawab
Perniagaan ini telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaan.
6.3.1 Pengurus/Pemilik dan Bahagian Kewangan & Pentadbiran.
a). Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan. b). Mencari pesanan dan promosi perniagaan.
c). Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar
d). Menyediakan laporan kewangan tahunan
e). Membayar gaji pekerja.
f). Merancang dan melaksana aktiviti operasi daripada perancangan belian bahan sehingga hidangan siap dimasak.
g). Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi.
h). Memastikan pelanggan dilayan dengan baik
i). Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan dan penambah baik.
6.3.2 Tukang Masak.
a). Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan kepada pelanggan.
b). Memasak mengikut menu-menu yang ditetapkan.
c). Menentukan penyediaan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pembantu.
d). Memastikan kualiti makanan dengan mengekalkan rasa dan kebersihan setaraf citarasa pelanggan.
6.3.3 Pembantu Am.
a). Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am membantu tukang masak.
b). Membersihkan peralatan masak.
c). Membersihkan kawasan persekitaran sebelum dan selepas kerja-kerja memasak dan tugas-tugas lain yang bersesuaian.
d). Memastikan juga hamparan alas meja, hiasan sekitar dan hiasan lain-lain yang diperlukan siap terlebih awal sebelum hidangan disaji.
6.6. Strategi Pengurusan
Keadah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik amat mustahak didalam usaha memajukan perniagaan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dengan layanan mesra pelanggan bagi memastikan perniagaan berdaya maju setanding dengan perniagaan-perniagaan katering sedia ada.
Oleh itu, perniagaan ini telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut:
a). Menerapkan semangat kerja berpasukan (teamwork) diantara para kakitangan dan pihak pengurusan untuk faedah bersama.
b). Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
c). Setiap pihak sama ada pekerja bawahan atau pengurusan sentiasa berbincang dan memberi pendapat serta cadangan tentang cara terbaik untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap dan sistematik.
d). Menyediakan perkhidmatan makanan/minuman yang bermutu, bersih dan sedap.
e). Menentukan majlis dihias dengan cantik dan layanan yang baik.
f). Pekerja akan didedahkan dengan teknik baru dengan menghantar mereka mengikuti kursus yang berkaitan dengan bidang tugas.
g). Mengadakan promosi dengan cara mengadakan rumah terbuka.
No comments:
Post a Comment