Nama: | Datuk Wan Mohammad Sani Salleh |
Umur: | 39 tahun (2015) |
Tarikh Lahir: | 24 Julai 1976 |
Tempat Lahir: | Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu |
Pendidikan: | Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994) |
Jawatan: | Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd) |
Pencapaian: | Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009) |
KEJAYAAN
Pada usia
muda ini, perniagaan beliau yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan
sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta
pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai
RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.
Bagi Wan Mohd
Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar
jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas
dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
Selama
beberapa tahun menceburi bidang hiburan, beliau mengakui tidak nampak masa
depannya dalam bidang itu. Rakannya
sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas
melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.. Dengan itu, beliau meletakkan tekad
untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.
Beliau
bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti
Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang
pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Ketika memulakan
perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh
dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada 2003
Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Ketika itu,
beliau berkerjasama dengan dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua
rakan itu menarik diri menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri.
Keadaan ketika itu memang getir.
Ketika itu
beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan
buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang
diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan
modal daripada institusi kewangan.
Pada Januari
2006 Sani Express wujud di jalan raya dan
perjalanan perniagaan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan,
perniagaan beliau menjadi semakin berkembang. Daripada seorang pekerja, Sani
kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana,
Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah
RM 7 juta.
No comments:
Post a Comment