Showing posts with label Assigment Individu (Fiqri). Show all posts
Showing posts with label Assigment Individu (Fiqri). Show all posts

Thursday, 11 June 2015


KEDAI KEK FZ&NY


PENGENALAN

Keinginan untuk membuka sebuah kedai kek di Selayang, berkobar-kobar setelah
mengikuti kursus di MEDEC. Kedai kek yang akan saya tubuhkan menawarkan
perkhidmatan kek dan pelbagai pastry


Kedai Kek FZ&NY menyediakan Kek Perkahwinan, Kek Harijadi, Kek Hari
Raya, biskut dan roti. Kedai Kek FZ&NY di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8
malam. Memandangkan ianya adalah salah satu kedai kek Melayu di kawasan Selayang, keadaan pasaran adalah amat sengit.


Objektif utama Kedai Kek FZ&NY pada peringkat permulaan adalah untuk memenuhi keperluan pengguna Melayu dan kedai Kek yang di yakini Halal.

Tujuan utama yang mendorong saya berkecimpung dalam perniagaan Kedai Kek
adaiah untuk memajukan diri dan pendapatan keluarga serta dapat membei kepuasan dan pilihan kepada pelanggan setempat.


TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

• Untuk memberikan satu perkhidmatan dalam menyediakan keperluan pelanggan dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
• Menjadi garis panduan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan perniagaan Kedai Kek baru yang akan dibuka
• Merancang perlaksanaan projek membuka lebih dari satu cawangan Kedai Kek.
• Bagi memenuhi syarat-syarat permohonan pinjaman untuk menambah modal Syarikat.
• Bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya orang islam yang inginkan kek yang diyakini Halal.


TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

• Untuk memberi satu perkhidmatan dalam menyediakan Bengkel, bahan - bahan dan penjualan kek, roti dan biskut dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti, Suci dan halal kepada pelanggan
• Dijadikan sebagai garis panduan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan perniagaan Kedai kek yang baru dibuka.
• Merancang perlaksanaan projek membuka lebih dari  satu cawangan kedai kek.
• Bagi memenuhi syarat-syarat permohonan pinjaman Untuk menambah modal syarikat


LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

NAMA PERNIAGAAN   : KEDAI KEK FZ&NY
ALAMAT PERNIAGAAN :
NO. TELEFON       : 012-3456789
BENTUK PERNIAGAAN : PERSEORANGAN
KEGIATANUTAMA     :  MENJUAL KEK, PASTRI
TARIKH MEMULAKAN PERNIAGAAN : 01 / 06 / 2015
TARIKH PENDAFTARAN : 01 / 06 / 2015
NO. PENDAFTARAN :
MODAL PERMULAAN : RM100,000
NAMA BANK : MAYBANK
JENIS AKAUN PERNIAGAAN : AKAUN SEMASA
NO. AKAUN BANK :


LATAR BELAKANG PEMILIK

NAMA : MUHAMAD FIQRI BIN ZAILANI
NO KAD PENGENALAN : -
TARIKH LAHIR : 02/08/1988
UMUR : 27 TAHUN
JANTINA : LELAKI
ALAMAT TETAP : KEPONG, KUALA LUMPUR
TARAF PERKAHWINAN : BUJANG
KELULUSAN AKADEMIK : DIPLOMA
KURSUS YANG PERNAH : PENYEDIAAN KEK DAN PASTRI DI WANGSAMAJU
KEMAHIRAN : MENYEDIAKAN KEK PERKAHWINAN
PENGALAMAN : JUALAN LANGSUNG
PEKERJAAN SEKARANG : ENGINEER
PERNIAGAAN YANG PERNAH : KATERING / KEK. ROTI DAN PASTRI.


PENGENALAN ORGANISASI

Alamat Kedai Kek : Selayang, Selangor
Bentuk Bangunan dan Kemudahan Infrastruktur :-
Bangunan kedai adalah bangunan rumah kedai dua tingkat yang disewa dan terletak di lot nombor 2. Terletak di Bandar Selayang  berhampiran dengan taman perumahan dan hampir dengan perhentian bas. Mempunyai kemudahan bekalan elektrik, air dan terdapat juga pondok telefon. Tempat letak kereta yang luas bagi memudahkan pelanggan meletak kenderaan.
 


RANCANGAN PEMASARAN

• Perkhidmatan yang ditawarkan ialah tempahan kek perkahwinan, pertunangan dan majlis2 keramaian
• Keutamaan perkhidmatan ialah kepada penduduk disekitar Selayang, Batu Caves dan Kuala Lumpur.  Diharap ia akan menjadi tumpuan kepada seluruh penduduk disekitar Bandar ini. Ia juga merapakan satu kelebihan kita kerana kita tidak perlu berasa was-was tentang halal dan haramnya .
• Pembelian diadakan secara tunai.
• Perkhidmatan bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam
• Segala kualiti dikawal dan dijamin akan memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang datang mengunjungi ke kedai ini.


STRATEGI PRODUK

• Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan setiap masa.
• Sedia menerima tempahan dan menepati tempoh masa.
• Kek, pastry dan biskut di buat dengan reka bentuk yang menarik dan rasa yang lazat
• Harga yang berpatutan.


STRATEGI PEMASARAN.

• Menyediakan laman web
• Menyediakan *papan tanda di pintu masuk utama.
• Menyediakan kain rentang di tempat-tempat yang strategi.
• Untuk keselesaan pelanggan ruang makan di sediakan makanan


PROMOSI

• Memberi sample untuk diuji rasa kepada pelanggan secara percuma.
• Mengedarkan pamplet ke rumah-rumah, kesekolah-sekolah dan tempat orang ramai berhimpun.
• Menjual dengan harga yang berpatutan.


Friday, 29 May 2015

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
















LATAR BELAKANG

Umur : 63 Tahun ( 2015 )
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM 10.40 Bilion
Ranking : Ke 8 terkaya di Malaysia

Antara syarikat miliknya :-
  • MMC
  • Pelabuan Tg. Pelepas
  • BERNAS
  • Gardenia
  • DRB-HICOM
  • Bank Muamalat
Sumbangan sosial :-
  • Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar
  • Yayasan Al-Bukhary
  • Muzium Kesenian Islam
  • Kompleks Al-Bukhary
  • Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu
  • Pengindahan Masjid Negara
  • Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
    Menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan Haji
  • Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor


KEJAYAAN

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion