Wednesday, 13 May 2015

Business Idea Competition

Huddle 6

Huddle 6





Sixth Technology Sdn Bhd menjalankan kajian terhadap teknologi masa hadapan. Untuk jangkamasa  panjang, Sixth Technology Sdn Bhd telah menubuhkan Jabatan Kaji Selidik untuk menjalankan kajian terhadap Huddle 6. Menggunakan konsep untuk all-in-one iaitu merangkumi fungsi seperti tersebut
  • Wireless
  • Laser Pointer
  • Solid State Drive (Pen Drive)
  • Scanner
  • Mouse
  • MP3

MISI

Memudahkan pengguna untuk urusan kerja dengan ciri-ciri yang serba canggih dan juga kecil memudahkan ianya dibawa kemana-mana.

VISI

Menjadikan Huddle 6 sebagai salah satu alat yang wajib dimiliki untuk urusan kerja.

PRODUK

Jabatan Kaji Selidik Sixth Technology Sdn Bhd telah menjalankan kajian terperinci terhadap Huddle 6 dan mendapat idea untuk mencipta produk berteknologi tinggi. Produk tersebut dinamakan Huddle 6 kerana mempunya 6 fungsi utama. 

PENGENALAN PROJEK

Pada masa kini, kemajuan teknologi semakin berkembang dengan pesat. Begitu juga dengan kemajuan sistem pendidikan negara kita. Seiring dengan perkembangan teknologi tersebut, bidang penyelidikan Sixth Technology Sdn Bhd turut mengalami perubahan serta arus kemajuan yang begitu pesat dalam pelbagai bidang yang merangkumi dunia ICT serta teknologi terkini.

LATAR BELAKANG PROJEK

Projek yang dicadangkan adalah peranti yang mempunyai pelbagai fungsi dalam satu produk.
Kegilaan golongan muda ketika ini dalam memiliki pelbagai peranti seperti mp3, wireless modem, laser pointer, external storage dan scanner memberikan kami ilham untuk menggabungkan kesemua peranti ini dalam satu peranti dan membolehkan pengguna untuk membawa satu peranti sahaja dari perlu membawa peranti yang banyak. Ini memudahkan pengguna bagi membawa kemana sahaja kesemuanya tanpa perlu memikirkan apa yang perlu dibawa pada satu-satu masa, malah boleh menjimatkan ruang dalam beg pengguna. peranti ini mudah dibawa kemana sahaja kerana saiz nya hanyalah sebesar tetikus dan berat peranti hanya 200 gram.

OBJEKTIF PROJEK

Tujuan projek Huddle 6 ini diusulkan adalah untuk menaiktaraf dan memudahkan lagi urusan kerja kerana pengguna hanya perlu membawa 1 barang sahaja untuk banyak kegunaan.
Selain itu, ia memudahkan pada pekerja yang selalu bekerja diluar kawasan pejabat. Mereka hanya perlu membawa Huddle 6 yang bersaiz poket seluar sahaja. Memandangkan ianya bersaiz kecil, jadi membolehkan barang ini digunakan diatas riba sewaktu dalam perjalanan. Selain itu juga ia boleh menjadi pemain MP3 yang membolehkan pengguna mengurangkan stress dimana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan talifon pintar (atas alas an bateri).

MATLAMAT PROJEK

Skop projek atau sasaran adalah pengguna yang bekerja atau pelajar. Secara amnya, ianya sesuai untuk semua pengguna tidak kira yang berpendapatan tinggi atau sederhana. Produk ini pada asalnya menyasarkan kepada pelajar kerana mereka selalunya mempunyai masalah kewangan untuk membeli kesemua produk yang berlainan untuk kegunaan yang berlainan. Berlainan dengan Huddle 6 mereka hanya perlu membeli satu barang sahaja untuk pelbagai kegunaan.















No comments:

Post a Comment